Rabu, 21 Ogos 2013

kehidupan yang terkadang terukir senyuman terkadang bersulam kedukaan

terukir senyuman memulakan kehidupan harian
melangkah demi mencari rezeki demi sebuah penghidupan
namun
siapa menjangka
siapa menduga
disebalik senyuman...terselit satu kedukaan
yang mungkin bukan atas keinginan
mungkin jua bukan dengan kerelaan
itu lah yang dikatakan suratan
namun kita sentiasa menganggap suratan
adalah satu titik kebetulan
kerana kepahitan dan keperitan itu
tidak mampu untuk ditelan
berbisik pada hati
menanam keyakinan diri
memohon restu Ilahi
agar dibekalkan ketabahan hati
ku meyakini setiap yang tertulis
ku redha akan setiap yang terlukis
kerana aku tahu
itu adalah ketentuanMu
dan
aku yakin disetiap yang Kau tentukan
punya hikmah yang tidak akan mengecewakan
tidak mudah menyusun langkah
tidak mudah nenutur kata
bertindak menjaga langkah
berfikir sebelum berkata
agar....
tiada siapa yang terluka dan binasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan