Rabu, 21 Ogos 2013

hati yang kosong bukan bererti tidak tenang
      hati yang panas tidak bererti runsing
yang terucap bukan yang terlintas
yang terfikir bukan berniat mencantas
      ditemani petang suram
      hati sayu tidak berbisik
      hati layu tidak bertaman
berbicara dengan diri
neyesali kekhilafan diri
memohon taubat dari Ilahi
agar diberi ruang perbaiki diri
hina diri bukan untuk dicaci
bangga diri bukan untuk dipuji
      sekadar rase kerdil dan rendah diri
      mohon setiap perlakuan dihargai
      tercermin kesilapan semalam
      tidak tergambar keindahan yang akan datang
      hanya yang mampu menadah tangan
      melafaz syukur dengan setiap ketentuan
dalam satu kepastian
yang baik itu dari Tuhan
yang buruk itu dari diri yang penuh kelemahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan