Rabu, 28 Ogos 2013

http://www.youtube.com/watch?v=ON6j-7QoV20&feature=youtube_gdata_player

Jumaat, 23 Ogos 2013


manusia 
mudah lalai dan terleka
cuba mencipta kenangan 
walaupun di luar batasan dan kemampuan
mungkin pada mereka 
setiap kenangan terukir kemanisan
namun mereka lupa
kejadian yang di luar batasan
lebih banyak mencipta kenangan yang bersulam kepahitan
berbanding kenangan yang bersulam kemanisan
percaya lah wahai insan




****pengalamanmendewasakanakaldanfikiran****

Khamis, 22 Ogos 2013

saya suka

kenapa saya suka dia?
sebab dia....hensem (pd saya):-)
kenapa saya suka dia?
sebab dia.... baik... (baik ke?hehe)
kenapa saya suka dia?
sebab dia jujur (kad...dang2)
kenapa saya suka dia?
sebab saya rasa dia ikhlas
(tpi itu Allah taala lebih mengetahui)

<h.a.t.i>

membiarkan hati ditemani sepi
bukan bererti lemah
membiarkan senyuman tidak terukir
bukan bererti kalah
membiarkan kaki melangkah
pastinya sudah terarah
membiarkan jiwa resah gelisah
mungkin pasrah dan berserah
yang penting tidak membiarkan diri
terus dalam kegelapan dan sepi

B:U:K:A:N

Bukan itu yang ku mahu
Bukan itu kehendak ku

Rabu, 21 Ogos 2013

warna warni kehidupan

alif ba ta duniaku
 mereka lah kehidupan ku
comelkan dia?
senyum tawa siti zulaikha

KEHIDUPANKU

MEREKA KEHIDUPAN KU
      MEREKA KEBAHAGIAN KU
TANPA MEREKA
      SUNYI DAN SEPI KEHIDUPAN KU
 
PUTERA DAN PUTERI
     SENYUM TAWA MEREKA
ADALAH PENYERI
     SEHINGGA BAHGIA TERKADANG HINGGA TERLEKA
NAMUN AKU GEMBIRA
 
IBU SAYANG AKAN KALIAN BERDUA :-)

SyukuR

 
syukur
syukur ke hadrat Ilahi
dengan izin dan mahu Mu
aku disamping mereka
yang cukup membahagiakan
yang cukup menggembirakan
 
aku punya ayah
yang penyabar
ceria
cool
senyum sentiasa
 
 
 
aku punya ibu
yang terkadang garang
tapi
bertempat
namun
memahami dan mudah bercerita
 
aku punya seorang abang yang good looking :-)
kelakar dan kelakar
hahahahahahahahha
 
punya adik-adik
yang mudah cara
senang cerita
boleh membantu segalanya
 
dan....
insan yang paling penting dalam hidup aku
suami tercinta
susah dan senang
sentiasa ade bersama
walaupun terkadang menyakitkan
tapi lebih banyak membahagiakan
ditambah dengan kehadiran permata-permata hati
putera dan puteri
yang senantiasa menemani
dan
menggembirakan hati
 
terima kasih Ya Allah
kerana menghadiahkan mereka
sebagai pelengkap hidupku
Syukur
 
 

kehidupan yang terkadang terukir senyuman terkadang bersulam kedukaan

terukir senyuman memulakan kehidupan harian
melangkah demi mencari rezeki demi sebuah penghidupan
namun
siapa menjangka
siapa menduga
disebalik senyuman...terselit satu kedukaan
yang mungkin bukan atas keinginan
mungkin jua bukan dengan kerelaan
itu lah yang dikatakan suratan
namun kita sentiasa menganggap suratan
adalah satu titik kebetulan
kerana kepahitan dan keperitan itu
tidak mampu untuk ditelan
berbisik pada hati
menanam keyakinan diri
memohon restu Ilahi
agar dibekalkan ketabahan hati
ku meyakini setiap yang tertulis
ku redha akan setiap yang terlukis
kerana aku tahu
itu adalah ketentuanMu
dan
aku yakin disetiap yang Kau tentukan
punya hikmah yang tidak akan mengecewakan
tidak mudah menyusun langkah
tidak mudah nenutur kata
bertindak menjaga langkah
berfikir sebelum berkata
agar....
tiada siapa yang terluka dan binasa
hati yang kosong bukan bererti tidak tenang
      hati yang panas tidak bererti runsing
yang terucap bukan yang terlintas
yang terfikir bukan berniat mencantas
      ditemani petang suram
      hati sayu tidak berbisik
      hati layu tidak bertaman
berbicara dengan diri
neyesali kekhilafan diri
memohon taubat dari Ilahi
agar diberi ruang perbaiki diri
hina diri bukan untuk dicaci
bangga diri bukan untuk dipuji
      sekadar rase kerdil dan rendah diri
      mohon setiap perlakuan dihargai
      tercermin kesilapan semalam
      tidak tergambar keindahan yang akan datang
      hanya yang mampu menadah tangan
      melafaz syukur dengan setiap ketentuan
dalam satu kepastian
yang baik itu dari Tuhan
yang buruk itu dari diri yang penuh kelemahan