hari ini semuanya kaku
kaku kerana runsing memikirkan sesuatu
entah sampai bila
entah tentang apa
aku sendiri tak tahu
melihat seorang ibu
yang telah bersusah payah membesar kan ku
terlantar kelemahan
terlihat wajah keperitan
tergambar kesedihan
apakah disebalik kejadian
dan semua ketentuan Tuhan
Ya Allah
Ya Allah
aku bermohon pada Mu
yang Maha Pengasih dan Penyayang
Kau Ampunkan lah apa jua dosa ibu ku
kerna aku yakin
ibu hanya manusia biasa
yang tidak terlepas dari melakukan dosa
Kau kurniakan lah kasih sayang Mu
limpahkan lah segala rahmat Mu
dan rahmati lah kehidupan Ibu
Ya Allah
dengan rasa rendah diri
aku bermohon
Kau kurniakanlah kebahagiaan
di dunia dan di akhirat
buat ibu
aku rindu akan senyum tawa mu
wahai Ibu
:'(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan